APA ITU KOLESTROL
Merupakan bahan lemak yang terdapat dalam saluran darah dan kesemua sel sel badan.
Merupakan komponen tubuh yang penting untuk pembentukan sel membran, hormon, hempedu dan tisu tisu lain dalam tubuh
DUA SUMBER UTAMA KOLESTROL
Kolestrol dihasilkan secara semulajadi oleh hati tetapi ia juga boleh diperolehi dari makanan seharian.
Kolestrol dalam makanan akan meningkatkan paras kolestrol dalam darah.
Kandungan kolestrol tinggi dalam badan akan meningkatkan risiko penyakit janutng dan angin ahmar.
kolestrol berlebihan akan berkumpul dan membentuk plak yang menyumbatkan dinding arteri. Memandangkan timbunan plak ini terus bertambah dan makin menebal, aliran darah akan menjadi semakin perlahan dan mungkin terhenti.
PETUA TURUNKAN PARAS KOLESTROL SECARA SEMULAJADI
- Mengurangkan berat badan sekiranya anda bermasalah dengan berat berlebihan. Untuk mengurangkan atau mengekalkan berat badan, kita perlu menggunakan kalori berlebihan daripada makanan dan mengurangkan pengambilannya mengikut jumlah yang diperlukan. Ini kerana apabila pengambilannya melebihi daripada tenaga yang digunakan, kalori berlebihan akan ditukar kepada lemak dan mengakibatkan pertambahan berat badan.
- Bersenam secara tetap (sekurang-kurangnya 30 minit senaman tahap sederhana, sekurang-kurnagnya 5 kali seminggu) boleh mengurangkan kolestrol total dan kolestrol berbahaya (LDL) serta meningkatkan kolestrol baik (HDL)
- Pemakanan seimbang. Merangkumi buah-buahan dan sayuran dalam hidangan harian (5 hidangan sehari) didapati boleh meningkatkan kolestrol HDL
- Berhenti merokok sekiranya anda seorang perokok memandangkan merokok boleh merendahkan kolestrol HDL
- Memperbaiki cara pengawalan stress juga sangat dicadangkan
- Semenjak tahun 70-an, red yeast rice didapati berkesan untuk merendahkan LDL, trigliserida dan kolestrol total. Walau bagaimanapun, pilihlah red yeast rice yang dipiawaikan kandungan ekstraks berbanding dengan yang tidak dipiawaikan yang sukar untuk diramal.
- Red yeast rice terhasil daripada fermentasi beras dengna yis merah, yang memberikan warna merah gelap kepada nasi. Ia mengandungi monacolin yang menghalang aktiviti enzim HMG-CoA reductase yang terlibat dalam penghasilan kolestrol dalam tubuh. Dalam ujian ke atas 502 orang pesakit hiperlipidemia, ia didapati dapat menurunkan 17 peratus kolestrol total. Secara purata kolestrol LDL diturunkan sebanyak 24.6 peratus dan serum trigliserida 19.8 peratus. HDL kolestrol meningkat sehingga 12.8 peratus dalam kumpulan rawatan.
- Selain itu, vitamin E tokotrienol juga didapati membri manfaat dalam mengurangkan paras kolestrol total dan jantung secara keseluruhannya.
VITAMIN SHAKLEE YANG BANTU KURANGKAN KOLESTROL
- VIVIX
- LECITHIN
- OMEGA GUARD
- GARLIC
- VITA E
- VITA C PLUS
- GLA COMPLEX
- COQHEALTH
TERBARU!!!
*Untuk konsultasi dan maklumat lanjut, boleh hubungi saya :
Pengedar Shaklee Kelantan - Kelantan (Pasir Puteh, Kok Lanas, Jerteh)
Penghantaran Seluruh Malaysia dan Sabah Sarawak
Email : syuhadanain@gmail.com
Sms : 0195057705
Page : Nik Nur Syuhada
FB : Nik Nur Syuhada
No comments:
Post a Comment