Friday, November 28, 2014

Paru-paru masuk air??

Jom kita ambil tahu tentang penyakit ini. kerap berlaku. selalu dengar. tapi tak tahu apa dia. yg kita tahu ' paru-paru dia masuk air'.....tu je?? jom kita baca......
Penyakit paru-paru berair di kenali juga dalam bahasa saintifik nya sebagai ' Pneumonia'. Paru-paru berair sejenis penyakit radang paru-paru. Penyakit paru-paru berair bolih berpunca dari pelbagai punca, termasuk jangkitan bakteria, virus, fungi atau parasit.
Paru-paru berair bermakna berlaku takungan darah dalam paru-paru. Ia di sebut 'Palmonary edema'. Tanda paru-paru berair bergantung kepada kadar berlakunya takungan itu dan jumlah darah yang bertakung.
Symtom-symtom yang biasa di kaitkan dengan paru-paru berair termasuk, batuk, sakit dada, demam dan nafas berbunyi seperti mereka di serang lelah.
Jika takungan berlaku dalam jangkawaktu panjang, pesakit mudah sesak nafas bila bergerak aktif. Bila isi padu darah yang bertakung meningkat, pesakit mengadu tidak bolih berbaring mendatar. Juga sering terbangun waktu malam kerana terbatuk dan tersedak.
Selain dari itu bolih juga berlaku bengkak atau sembab kaki, takungan air dalam perut (ascitis) dan bengkak hati.
Paru-paru berair juga biasanya berpunca daripada masaalah jantung/kegagalan jantung , antaranya:
@ Penyakit jantung koronari.
@ Penyakit injap jantung mitral yang sempit.
@ Penyakit injap aorta yang bocor.
@ Masaalah jantung berlubang yang berpanjangan.
@ Penyakit radang dinding jantung (kardiomyopati).
@ Kekurangan darah merah yang teruk.
Sebab-sebab lain:
@ Kegagalan buah pinggang.
@ Kerosakkan hati yang kronik.
@ Pemberian cecair atau darah yang banyak dan terlalu cepat secara introvena.
@ Penyakit tiroid yang terlalu aktif.
p/s: Dari itu marilah sama-sama kita menjaga kesihatan, gaya hidup dan cara pemakanan kita.

No comments:

Post a Comment