Saturday, November 22, 2014

Rahim Terbalik Dan Kesannya

Assalamualaikum...

Harini saya nak post satu info yang amat berguna. Saya sebelum ni tak pernah ambil tahu pun pasal hal dalaman wanita ni. Sejak dah kahwin ni baru la nak ambil tahu sikit. Tambah-tambah bila kita sendiri yang alami. Baiklah saya nak kongsi info tentang 'tipped uterus' iaitu 'rahim terbalik'.

Bila dah tahu masalah tu berpunca dari saya, bermula la menggunakan kepakaran menaip ni research dalam google. Bila tahu kesan rahim terbalik ni tak de plak terjadi pada saya. Ada juga ramai yang kata bila rahim terbalik ni susah nak mengandung sebab sperma mudah keluar balik lepas bersama. 

Saya tak puas hati dan pergi buat pemeriksaan dengan doktor lain pula. Saya tanya kepada doktor tu adakah betul apa yang saya baca mengenai rahim terbalik ni. Doktor cakap orang mempunyai rahim normal pun masih menunggu selama 7tahun tidak ada anak lagi. Ni kuasa Allah semuanya. Kita hanya berusaha, berdoa dan tawakal. Rahim terbalik bukan masalah besar just orang yang mempunyai kedudukan rahim terbalik adalah golongan minoriti. Same seperti orang yang kidal. Minoriti but normal person like others.


Ok jom copy and paste dulu. Hehehe~

Kedudukan rahim yang normal lazimnya terletak mencondong sujud ke hadapan. Namun menurut data yang diperoleh, 20% kaum wanita didapati kedudukan rahimnya tidak condong ke belakang yang dipanggil rahim terbalik. Keadaan ini juga dikenali sebagai 'tipped uterus', 'retroverted uterus' atau tilted uterus'.



Tanda-tanda anda mempunyai rahim terbalik


Biasanya keadaan ini sebenarnya tidak perlu dibimbangkan jika ia melanda diri anda. Cuma sekali-sekala ia boleh meninggalkan kesan sampingan kepada anda. Gejala-gejala berikut boleh melanda wanita yang mempunyai rahim terbalik.


Antaranya :-


Sakit sewaktu berhubungan bersama suami


Sewaktu melakukan hubungan suami isteri, anda akan mengalami kesakitan apabila zakar suami terkena pintu rahim (serviks) atau bahagian rahim (uterus) lantaran kedudukan rahim yang terbalik. Dalam terminologi perubatan, ia dikenali sebagai 'collision dyspareunia'.


Untuk mengelakkan rasa sakit sewaktu anda berhubungan dengan suami, anda perlu mengubah posisi semasa melakukan hubungan intim. Ini membolehkan uterus berubah posisi, dengan itu boleh melegakan rasa sakit.


Rasa sakit semasa haid


Semasa datang haid, anda akan merasa kesakitan di bahagian rahim dan sekitar pinggang. Terminologi perubatan untuk ini ialah 'dysmenorrhea'.


Sakit pinggang yang kronik


Ramai wanita mengalami sakit pinggang yang kronik. Rumusan terakhir yang boleh dibuat oleh pakar sakit puan jika ia tidak berpunca daripada sebab-sebab yang lain, ini bermakna sakit pinggang yang kronik itu adalah datangnya daripada kedudukan rahim terbalik.


Apa yang perlu dilakukan?


Jika keadaan ini berlaku, anda dinasihati agar membuat pemeriksaan pelviks atau ujian scan melalui bahagian faraj yang mampu terus ke dalam uterus. Dengan cara ini kedudukannya boleh diketahui dengan jelas.



Perbezaan antara rahim normal dengan rahim terbalik

Ok dah baca kan. So now saya nak cerita pengalaman saya sendiri. Selepas dah berkahwin selama setahun baru la rasa nak anak membuak2 hehe.. Sebelum ni tak de pun sebab masih awal. Masuk tahun ke-2 saya dan suami start membuat pemeriksaan dengan doktor pakar bidan. Didapati rahim saya terbalik.


Kesimpulannya, sape yang ada masalah rahim terbalik jangan risau and sedih. Dan ni bukannya masalah pun sebenanrnya okey. Kalau korang rasa korang rahim terbalik sebab tu lambat pregnant, it's totally wrong. Ramai lagi orang yang ada kedudukan rahim normal yang lambat pregnant. Don't worry, be happy. Just try and try and try. InsyaAllah..

No comments:

Post a Comment