Monday, November 24, 2014

Tips Diet Sebelum Kahwin

Assalamualaikum 

Memandangkan sekarang ni musim cuti sekolah dan ramai yang mahu melangsungkan perkahwinan. Saya yakin ramai yang sedang susah hati sebab masalah berat badan kan.

Jadi kat sini saya nak kongsikan 18 tips untuk pengantin mengurangkan berat badan daripada Kevin Zahri 

Haaa...pe lagi try la amal tips di bawah ni..


8 Tips Pemakanan Untuk Bakal Pengantin:

  1. Memilih makanan daripada bijirin, kekacang, ikan, ayam, buah-buahan dan sayur-sayuran.
  2. Kurangkan makanan yang berlemak dan berkalori tinggi. Sebolehnya, elakkan daripada makanan yang digoreng dan berlemak.
  3. Tambahkan makanan yang berserat.
  4. Mengurangkan pengambilan gula dalam makanan.
  5. Elakkan daripada minuman berkarbonat, kek, biskut dan jem.
  6. Hadapi paling kurang empat hidangan sihat sehari termasuk sarapan. Makan secara perlahan-lahan, jangka langkau hidangan anda kerana ia akan membuatkan anda menjadi bertambah lapar.
  7. Elakkan mengamnil makanan kudapan atau snek di waktu malam.
  8. Sebaik-baiknya, pilih makanan mengikur tahap umur dan aktiviti anda.

5 tips cara bersenam pengantin:
  1. Digalakkan bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu seperti berjalan, berjoging, bersenam atau bermain badminton.
  2. Sekiranya anda mempunyai masalah sesak nafas semasa bersenam, bermakna anda melakukan senaman dengan melebihi had keupayaan anda. Jadi, mulakan senaman dengan perlahan-lahan mengikut keupayaan diri anda.
  3. Luangkan masa untuk melakukan aktiviti seperti ini paling kurang 30 minit, tiga gingga lima kali seminggu.
  4. Penurunan berat badan antara satu hingga setengah kilogram seminggu adalah lebih baik. Ini bermakna anda perlu mengurangkan 500 hingga 1,000 kalori setiap hari. Jadi, dalam tempoh tiga bulan, anda boleh kehilangan 6 hingga 12 kilogram.
  5. Pastikan anda melakukan juga senaman bebanan atau rintangan untuk pastikan badan anda kental.

Kredit : HMetro Flickr


No comments:

Post a Comment