Saturday, November 22, 2014

Cegah dan kawal penyakit kanser.



Semakin ramai akan ditimpa penyakit kanser khususnya bila menjangkau umor 50an keatas. Dianggar satu dari 4 orang akan dilanda tumbuhan kanser, dan jenis kanser dikalangan orang lelaki ialah kanser paru2, kilang prostate dan usus manakala dikalangan wanita ialah kanser payudara, pangkal rahim, rahim dan ovary. Walau demikian mana2 organ dan anggota tubuh badan olih dilanda tumbuhan kaser.
Saya ingin mengingatkan mereka  yang ada sejarah dalam ahli keluarga pernah mengidap penyakit kanser, samada ibu, bapa, adik beradik atau datuk dan nenek, BERWASPADA sentiasa agar kurangkan pendedahan terhadap faktor2, ejen2 dan unsur2 yang bolih mencetuskan pertumbuhan kanser.

1. Pencegahan adalah penting.
2. Kesan tumbuhan kanser diperingkat awal sangat penting. Jangan pandang atau anggap remeh sesuatu tanda2 atau gejala penyakit.
3. Rawatan doktor sangat penting saperti bedah, radiotherapy dan chemotherapy khususnya jika kanser masih diperingkat awal dan masih bolih dirawat/treatable. Penting rawatan chemo dan radiation yang berlebihan bolih menimbulkan mudharat kerana ia membunuh banyak sel2 yang normal.
4. Selepas rawatan asas, sangat penting untuk tingkatkan tahap kesihatan dan ketahanan/immunity badan dengan pemakanan yang berkhasiat dan berzat. Makan supplemen terdiri dari mutiitamins, lebihkan Vit C 1-2 GM sehari) dan Vit E ( 400 - 800 IU). Minum Juz2 segar buatan sendiri dari berbagai buah2 dan sayur2. Terbaik juz dari green apple 2 biji, carrots 2 buah, dan celery 2 batang.
5. Rawatan2 alternatif. Sangat banyak kaedah dan cara rawatan untuk pilihan masing2- bolih dicari diinternet.
Dua jenis buah yang banyak dan mudah didapati dinegara kita dan munkin ada berkesan membantu rawatan kanser ialah durian belanda/soursop dan buah manggis - isi dan kulitnya. Teh daun durian belanda juga dikatakan membantu pengidap kanser.
Air serai dan kunyit juga munkin membantu. Air serai mengandungi bahan 'citral' yang bertindak menyebabkan sel2 kanser bunuh diri . Bahan curcumin dalam kunyit juga ada kesan antikanser.
B17 yang terkandung dalam biji apricot juga ada kesan antikanser. Sedia maklum B17 juga terdapat padaubi kayu dan daun pucuk ubi dan sebelum dimakan perlu direbus terlebih dahulu. Ada beberapa lapuran tentang pengidap kanser yang makan ubi rebus setiap hari pulih dari kanser.

 Strategi untuk cegah dan kawal tumbuhan kanser.

1. Elakkan makanan2 yang diperoses, diawet dan yang diubah genetik / GMO, .
2. Makan lebih (50-70% dari sajian makaanan harian) bahan2 makanan yang segar dan mentah - sayur2, buah2, ulam2.
3. Jauhkan fast dan junk foods. makanan2 yang dipekej, yang terlalu banyak perisa dan pemanis. Jauhkan gula kerana ia membiakkan sel2 kanser. Kawal gula dan minuman - coke, pepsi, sprite dll
4. Kurangkan daging2 lembu, kambing, ayam khususnya yang banyak lemak.
5. Makan Coenzyme saperti Q10, dari sumber2 tapai, tempeh mentah dan pickles.
6. Lakukan exercise sederhana selama 30 minit sehari - berjalan kaki, jogging kayuh basikal.
7. Pil Vit D - atau sumber dari cahaya matahaari.
8. Cukup tidur - 6 - 8 jam. Tidor awal. Elakkan tengok TV hingga larut malam.
9. Kurangkan Stress. Ikuti panduan dalam blog ini.
10. Amalkan exercise pernafasan/ breathing exercise.
11. Jauhkan segala jenis toksin diudara - semburan insecticide dan pewangi, dalam makanan, dalam makeup shampoo dan pewangi.
12, Hidup riang gembira dan berkasih sayang dalam keluarga dan kepada semua insan.

No comments:

Post a Comment