Wednesday, November 12, 2014

[ KULIT TERBAKAR MELECUR HILANG!!! ] PART 2




Sejak dari peristiwa itu, ibu jadi trauma nak masuk dapur..2 bulan jgk ibu tak masuk dapur..lalu pun tidak..nak makan semua abah beli kat kedai je..biasa la makanan kat kedai bukannya bersih sangat..ibu rasa gatal2 di bahagian luka..

Sementara adik aina cuti semester boleh la bantu apa yang patut..sepanjang itu, hari2 saya akan call ibu..pesan makan vitamin ikut time...pantang makan buat sementara waktu jika nak cepat baik.. biasalah orang tua kan kekadang lupa..tu semua dah jadi kewajipan saya untuk mengingati ibu.. vitamin2 yang saya syorkan kepada ibu nanti saya terangkan untuk next entri..

Adik Amirul pula tugasnya lap air bisa yang keluar..ibu kata sangat pedih bila air bisa tu dah pecah..saya selalu bagi semangat dekat ibu..ini semua ujian Allah..Allah masih sayang ibu..ibu kena kuat..

Ada seorang jiran ibu datang saje2 nak sembang dengan ibu..Ya Allah, jiran ibu terkejut..patut la dia dengar ibu macam menjerit tengahmalam tu..Seminggu selepas kejadian, jiran2 yang lain datang melawat..terkejut mereka..xsangka dalam masa seminggu wajah ibu kembali normal..seolah2 tidak berlaku pape.. cuma bahagian kaki lambat sikit baik..terok jgk kena api..

Sebenarnya ibu ada baca buku MMR ( Mudahnya Menjempur Rezeki ), kisah seorang ustaz membuat air tawar kepada seorang anak makcik yang dah lama alami penyakit aneh..ustaz tersebut hanya membaca alfatihah sebanyak 40kali..Alhamdulillah anak makcik tu sembuh..

Berbalik kepada ibu, ibu amalkan alfatihah sebanyak 40 kali dan sapu dekat keseluruhan wajah ibu..berkat ayat suci Allah bagi cepat sembuh dibahagian muka..

Sejak ibu amalkan surah alfatihah dan tak tinggal vitamin2 tu..luka ibu cepat baik..dan sekarang ni 100% sembuh..wajah ibu makin berseri selepas itu, kulit makin cantik..
Alhamduillah..ibu dah sihat..saya bersyukur sangat ibu dah kembali ceria seperti dulu..
Sampai kat sini dulu..hehe guna tab untuk taip ni..dah gemok dah ibu jari ni..

next entry nanti saya akan cerita vitamin apa saya syorkan kepada ibu sehingga jiran ibu jeles tengok kulit ibu..hehehe tunggguuuu

No comments:

Post a Comment